Adi yang terer smash

Korang pernah jumpa Adi?

Alah, si Adi yang pandai smash tu. Gila gagah! Sekali dia pukul, pergh…! Memang team sebelah tak boleh lawan!

Style yang Adi selalu pakai, memang sama saja setiap masa. Dua, tiga kali pukul, dia masih maintain lagi stepnya. Rhythmnya masih mendatar semacam itu. Orang takkan jangka sesuatu yang menarik akan berlaku. Tapi bila tumit kaki Adi seakan menjengket lebih seinci dari selalunya, memang detik tu lah the opponent will be taken by suprise.

Sekali dia hayun raketnya tu, zoom! Memang laju shuttle cock hempas ke lantai. Pergh! Kalau kepala terkena bulu tangkis penangan si Adi ni, mau berlubang dahi.

Bukan tu je yang mata aku nampak. Aku perasan jugak key chain dekat beg Nike yang dia selalu bawak tu. Key chain tu ada tulis “Kia Ora”, bersama pahatan seni orang Maori, dan serpihan kecil kulit siput berkilau warna hijau-biru. Cantik. Orang kata Dhia yang bagi.

Paua

Paua; jenis kulit siput pada keychain si Adi. Salah satu souvenir wajib bawak balik kalau berjalan di NZ.

Mungkin itu cuma gosip picisan je. Walaupun memang aku penah nampak Dhia dengan Adi berdua di McD Seksyen 3, tapi, alahai, setakat makan berdua, tak ada maknanya!

Macam aku dengan Danny lah. Kitorang selalu jugak pegi makan berdua, tapi bukannya ada apa-apa.

Itu belum lagi cerita pergi kelas bersama. Bila aku nak shopping, dia temankan juga. Danny kata bahaya kalau aku keluar sorang-sorang. Macam-macam lah senario tak logik yang dia cakap; nanti kena culik lah, kena rompak lah, kena langgar dengan mat rempit lah. Terpaksalah jugak aku mengalah. Yang tak boleh tahan sekali, ada ke pulak aku nak balik Penang pun dia nak temankan. God! Tau lah aku nak balik sendiri! Dia ingat aku dah lupa jalan balik Penang kot!

Huh! Jangan harap lah aku nak let Danny temankan aku balik Penang. Kalau Danny ikut jugak, habislah harapan aku untuk kebetulan duduk sebelah Adi dalam bas nanti. Semester lepas, aku dapat cerita dari classmate aku yang Adi balik naik bas Transnasional. Bas pukul 9.30 pagi ke Butterworth. Semester ni, mungkin Adi akan naik bas yang sama juga.

Oh my God. Beruntungnya badan kalau dengan tak sengaja aku terbeli tiket sebelah Adi. Aku dah boleh bayangkan baju apa yang aku nak pakai nanti. Aku dah siapkan satu-satu soalan yang mahu aku tanyakan pada dia. Aku dah aturkan topik-topik yang sesuai jadi perbualan sepanjang jalan ke Penang supaya dia tak bosan. Aku yakin dia akan impressed dengan kebolehan aku membezakan antara muzik house dan dance, apa itu aperture dan shutter speed, tafsiran hipster dan scenester, dan juga teori berkaitan muzik pop pasca kebangkitan band Estranged.

Ya, aku yakin aku akan dapat tarik perhatian Adi, sebagaimana Adi dah mencuri hati aku dengan pukulan sekencang angin di court bandminton.  Walaupun aku cuma kenal Adi si pemain badminton dan bukan Adi as a friend and lover, tapi aku yakin lain-lain sifat pada Adi pun akan secantik pukulannya itu. Adi memang flawless orangnya. Terima kasih, Danny, kerana kau lah yang kenalkan aku pada senior dalam kelab badminton yang kau dah lama join tu. I love you, buddy!